Pelakon dan penyanyi popular yang pernah dilanda kontroversi kerana video lucahnya bersama Ariel, Luna Maya mengaku hubungannya dengan vokalis peterpan itu semakin serius dan mereka dijangka bakal berkahwin dalam tempoh dua tahun lagi.
Luna berkata dia berhasrat untuk bernikah pada usia 30 tahun ketika ditemui wartawan pada Malam Gala Bintang di Menteng, Jakarta Pusat semalam.
Menurutnya lagi beliau tidak bercadang untuk berkahwin sebelum usia 30 tahun dan dia tidak kisah jika lewat sedikit kerana sehingga usia dia untuk berkahwin itu dia mahu tumpukan sepenuh perhatian kepada kerjayanya.
Luna mengaku selepas dia disabitkan dalam kes penyebaran video lucah Ariel, kerjayanya agak pudar dan dia sedang berusaha untuk memulihkan semula imej yang pernah tercalar.
“saya tidak mahu bekerja terlalu keras seperti sebelum ini kerana dulu kehidupan saya dipenuhi dengan kerja dan tiada hari yang saya tidak bekerja tetapi sekarang keadaan saya lebih santai dan tidak menjadi hamba kerja lagi” katanya.
Menurut Luna, dia tidak terlalu banyak berfikir kerana jika dia perlu bekerja dia akan bekerja dan jika dia patut bercuti dia akan bercuti. –Berita Harian