Lelaki Berusia 76 Tahun Mahu Pulang Ke Tanah Air

Seorang lelaki berusia 76 tahun yang mendakwa dirinya berasal dari Malaya ketika era perang Dunia Kedua dan telah menghabiskan sepanjang hidupnya di Bangladesh, menyuarakan harapan untuk kembali ke tanah air asalnya.

Pegawai Kanan Palang Merah di Singapura dan Malaysia dilaporkan cuba untuk menjejaki ahli keluarga Shahadat Hossain Ana yang masih ada membawa gambar beliau bagi mencari mereka yang masih mengenalinya.

Menurut Shahadat, dia sudah uzur dan akan mati pada bila-bila masa tetapi Shahadat mahu mati di negara asalnya, selain itu Shahadat juga mahu membawa bersama anak-anak kembali ke Malaya.

Shahadat juga turut menceritakan ketika beliau berusia lapan tahun bagaimana beliau telah ditemui oleh tentera British yang berkemungkinan ditanah jajahan British Malaya atau Singapura pada masa kini dan diserahkan kepada seorang pemandu Bangladesh, Abdul Latif, yang bekerja dengan Tentera Bersekutu ketika itu. –Berita Harian