Remaja Sanggup Jual Dara Demi Kehendaknya Untuk Memiliki Iphone4

Ramai remaja sekarang sanggup lakukan apa sahaja untuk mendapatkan apa yang mereka mahukan seperti yang berlaku di Beijing, China apabila remaja sanggup menggadaikan maruah dirinya demi sebuah product Apple yang mahal itu.

Menurut akhbar Korean Herald yang memetik Biznewschina sebagai melaporkan bahawa seorang remaja “jiaulinghou” (merujuk kepada mereka yang lahir pada 1990-an) telah menulis dalam Weibo versi Twitter China bahawa dia mengimpikan mahu memiliki iPhone4 sendiri tapi tidak dibenarkan oleh bapanya yang mungkin juga kerana terlalu mahal.

Beliau kemudiannya memutuskan untuk menjual daranya kepada seseorang yang boleh membelikannya peralatan telefon bimbit itu dan remaja itu juga turut menyiarkan gambarnya bersama maklumat peribadi dengan menyatakan beliau sanggup jual daranya kepada sesiapa jua yang boleh membelikan iPhone4 untuknya. –Berita Harian