Shakira Telah Diharamkan Memasuki Mesir Untuk Selama-lamanya

Sekumpulan penduduk Mesir telah melancarkan kempen melalui internet bagi menghalang penyanyi kelahiran Colombia, Shakira, daripada memasuki negara itu dan membatalkan konsertnya di Kaherah pada November sebagai reaksi balas berikutan kunjungannya ke Isreal seminggu lalu.

Semua peminatnya di negara itu mengecam kunjungan Shakira ke Israel dan melawat kanak-kanak Yahudi di sebuah sekolah di Baitulmaqdis tetapi tidak mempedulikan kanak-kanak Palestin yang menderita akibat penjajahan rejim Zionis.

Shakira juga dikatakan telah ditegur berikutan lawatannya kerana dia mempunyai darah kacukan Lubnan yang telah wujud permusuhan yang kuat di antara Lubnan dan Israel.

Menurut laman web yang dihasilkan itu menyatakan serangan tidak ditujukan kepada Shakirah sebagai seorang individu, sebaliknya bagi menunjukkan penolakan keras terhadap apa juga bentuk hubungan dengan Israel.

Menurut seorang anggota penganjur kempen mengatakan bahawa konsert Shakira tidak akan memberi sebarang kelebihan kepada Mesir malah sebaliknya lebih baik jika dia tidak mengadakan konsert itu.

Dengan melahirkan kemarahan kerana berikutan kesediaan Shakira menerima undangan daripada Presiden Israel Shimon Peres adalah untuk membuka ‘lembaran baru’ dengan penduduk Israel.

“Kenyataan Shakira telah mengejutkan dan kami menuntut agar dia diharamkan daripada memasuki Mesir untuk selama-lamanya.” Kata anggota kumpulan penganjur itu.

Shakira telah melawat Israel bersama teman lelakinya, bintang bola sepak Barcelona, Gerard Pique dan menginap di sebuah hotel di Baitulmaqdis.- Berita Harian