Pelakon Popular Ugly Betty Akhirnya Telah Menamatkan Zaman Bujangnya

Pelakon popular yang terkenal dengan karakter dalam drama bersiri popular Ugly Betty yang memainkan watak wanita hodoh itu telah melangsungkan perkahwinannya baru- baru ini, America Ferrera kelihatan begitu anggun dengan gaun pengantinnya.

Ferrera yang mengahwini kekasihnya, Ryan Piers William telah berkenalan sejak dia menuntut di University of Southern California selepas mereka bertunang pada Jun 2010.

Munurut laporan majalah People, pelakon itu telah berkahwin dalam satu majlis sederhana yang hanya dihadiri oleh keluarga terdekat dan sahabat baik mereka.

Antara artis yang dijemput adalah Vanessa Williams, Rebecca Romijin dan suaminya, Jerry O’Connell serta Blake Lively.

Menurut salah satu sumber yang menghadiri majlis itu, beliau telah memakai gaun pengantin cantik rekaan Amsale’s Christos yang dipadankan dengan subang daripada Fred Leighto pada majlis itu dan dia Nampak sangat berseri.

“Kami memang telah diciptakan untuk hidup bersama.” Kata Ferrera tentang percintaannya yang kini telah diikat dengan tali perkahwinan -Kosmo