Keyakinan Blake Mahu Menjadi Isteri Leonardo DiCaprio

Blake Lively and Leonardo DiCaprio

Hubungan yang kasih dan cinta yang semakin mendalam dengan tidak hanya bercuti bersama malah Blake Lively juga yakin dengan mengaku dirinya sudah punya firasat bahawa dia akan menjadi isteri kepada Leonardo DiCaprio.

Kenyataan mengejut Blake itu adalah kerana hubungan cinta mereka masih boleh dikatakan hijau selepas DiCaprio putus cinta dengan kekasihnya, Bar Rafaeli kurang dua bulan lalu.

Menurut kata aktres itu kepada majalah Now!, ketika Blake berusia 9 tahun Blake sudah punya firasat bahawa beliau akan menyanyi dengan Leonardo DiCaprio.

Menurut satu sumber lagi, penyataan yang telah diberitahu Blake itu seperti disambut baik oleh DiCaprio yang dikatakan sudah larut dalam asmara bersama aktres yang terkenal menerusi drama Gossip Girl itu.

Menurut sumber, DiCaprio benar-benar suka pada Blake, dia pernah cakap dia tidak pernah merasa seperti ini sebelumnya walaupun dia juga agak terkejut dan merasa sangat bahagia.
Pasangan muda ini memang sering dilihat bersama menikmati linuran romantic di Itali, malah juga telah mengunjungi Disneyland bersama baru-baru ini. -Kosmo