Beast Bakal Membuat Persembahan Di MTV World Stage Live In Malaysia

Beast Live in Malaysia

Menurut berita Kosmo bahawa CUBE Entertainment baru-baru ini telah mengumumkan kumpulan Beast akan membuat persembahan sebagai wakil dari Korea Selatan di MTV World Stage Live in Malaysia 2011 yang akan berlangsung di i-City Shah Alam pada 24 Julai depan.

Pada hari persembahan itu Beast merancang untuk memberikan sebuah persembahan hebat buat penonton yang hadir dan mereka bakal berkongsi pentas dengan band dari Amerika, 30 second to Mars dan juga wakil dari Malaysia, Pop Shuvit.

Menurut kata Beast itu mereka sangat gembira kerana akan ke Malaysia untuk membuat persembahan bersama dengan penyanyi-penyanyi terkenal yang lain dan ramai orang hanya melihat dan mendengar Beast menerusi Youtube sahaja sebab itu kami sangat teruja kerana persembahan secara langsung kami akan disiarkan hamper di seluruh dunia.

Beast merupakan satu-satunya penyanyi dari Korea Selatan yang diundang untuk menyertai konsert MTV World Stage Live in Malaysia 2011 selepas kumpulan Wonder Girls pada tahun lalu.

Menurut Beast lagi, impian mereka menjadi kenyataan untuk mengadakan sebuah konsert untuk peminat mereka di Malaysia.

Berita yang mengemparkan buat semua peminat Beast kerana mereka bukan sahaja dapat meyaksikan persembahan mereka secara langsung tetapi mereka juga bakal bertemu dengan penyanyi pujaan mereka dalam majlis ramah mesra bersama peminat dengan agenda promosi di luar Negara bermula dengan Malaysia pada 1 Julai ini.

MTV World Stage Live in Malaysia 2011 ini akan disiarkan di 160 negara. – Kosmo