Astro Bakal Menerbitkan Program Baru Selepas Maharaja Lawak

Satu persatu perancangan Astro, semakin bertambah-tambah sehingga tak menang tangan dengarnya seluruh tenaga kerja di stesen televisyen satelit itu.

Setiap program dirancang dan yang terbaru program Maharaja Lawak yang bukan hanya mencapai matlamat untuk mencungkil pelawak berpotensi malah mempunyai pengikut yang tegar.

Walaupun sibuk mengatur strategi dan persiapan peringkat akhir Maharaja Lawak yang akan berlangsung hujung minggu ini, Astro bakal tampil dengan sebuah rancangan reality baru yang seakan Maharaja Lawak.

Dengarnya dalam program baru ini mereka bakal menggabungkan juara-juara daripada rancangan Akademi Fantasia (AF) bermula dengan Vince sehinggalah yang terbaru ini Hazama yang merupakan juara Akademi Fantasia ke Sembilan.

Mesti sambutannya sangat mengalakan seperti yang mereka jangkakan.

Tentu sahaja penonton yang dari Akademi Fantasia pertama sangat tidak sabar terutama ketika fenomena Mawi mahu menyaksikan siapa di antara juara Akademi Fantasia yang menyengat. Selain daripada Vince, Hazama dan Mawi, juara-juara lain seperti Zahidm Mila, Hafiz, Faizal, Stacy dan Shahir juga turut terlibat dalam program baru ini.

Agak-agak apalah nama yang mahu Astro letakkan untuk program reality yang bakal menggabungkan juara-juara itu.

Menurut kata sumber mereka bukan sahaja ingin menggabungkan juara-juara tapi hadiah yang bakal mereka tawarkan juga sangat lumayan dan program ini bakal meninggalkan kenangan terindah kepada penonton yang hanya dapat dipenuhi menerusi program baru ini.

Tak sabar rasanya menanti detik program baru ini bermula dan dengar kata pengumuman mengenainya akan diadakan dalam tempoh terdekat mungkin selepas berakhirnya Maharaja Lawak atau ia bakal menjadi program perancangan mega Astro untuk 2011. – Berita Harian