Beliau juga akan mengumumkan “dokumen hasil perbincangan” yang akan menggabungkan cadangan dan saranan yang dibuat semasa dialog perkongsian bestari itu yang memerlukan tindakan susulan dan ini akan dibincangkan pada dialog akan datang.
Najib, yang juga Menteri Kewangan, dijangka mengumumkan hos dialog perkongsian bestari akan datang Dialog Antarabangsa Selatan Afrika, kemungkinan diadakan pada 2012. LID2011 tahun ini yang bermula dari 19 hingga 21 Jun dihadiri para pemimpin seperti Presiden Zimbabwe Robert Mugabe, Perdana Menteri Lesotho Pakalitha Bethuel Mosisili, Perdana Menteri Swaziland Barnabas Sibusiso, Naib Presiden Uganda Edward Sekandi serta Naib Presiden Kenya Stephen Kalonzo.
Kelmarin, Najib mengetuai pemimpin-pemimpin berkenaan pada sesi pemukiman di Cyberjaya manakala para peserta mengadakan lawatan untuk menyaksikan sendiri transformasi ekonomi Malaysia dalam bidang seperti pembuatan, pertanian, pembangunan mampan serta menggalakkan perusahaan teknologi maklumat dan komunikasi.
Mereka juga disediakan dengan maldumat mengenai bagaimana Malaysia membimbing perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang baru bermula dalam bioteknologi.
Para peserta dari 15 negara menghadiri dialog tiga hari itu yang diadakan untuk pertama kalinya di Putrajaya. Dialog berkenaan dimulakan dengan pameran dan forum perniagaan yang berjalan dengan jayanya path 18 Jun. Bernama
Credit to: Utusan Borneo Sarawak