Gaji Pekerja Bakal Naik 15-20%

Menurut Kelly Services (M) Sdn. Bhd (Kelly Malaysia) meramalkan permintaan pekerja berkemahiran akan terus meningkat dalam sektor-sektor pertumbuhan dengan kenaikan gaji antara 15 hingga 20 peratus pada tahun ini dan tahun hadapan.

Pengarah Urusan Singapura dan Malaysia Kelly Malaysia, Melissa Norman, berkata sektor-sektor terlibat adalah perbankan dan kewangan, teknologi maklumat, kejuruteraan, perkhidmatan, digital, telekomunikasi, bioteknologi dan sains hayat.

Menurutnya lagi mereka melihat terdapat aliran keluar pekerja-pekerja berkemahiran ke negara-negara serantau, namun demikian , mobiliti bakat juga berlaku di dalam negara dengan para pekerja berkemahiran yang sanggup berubah tempat kerja.

“Selain itu majikan juga dilihat sanggup membayar gaji yang lebih tinggi bagi pekerja yang mampu bergerak sendiri dan memerlukan latihan yang minimum dalam organisasi mereka.” Katanya. -Kosmo