Sudah menjadi trend penurunan harga barang kering, sayur-sayuran, hasil laut dan hasil penternakan yang sangat ketara dipasaran ketika ini mungkin tidak akan berpanjangan.
Menurut laporan akhbar Kosmo yang telah meninjau dibeberapa negeri mendapati kalangan peniaga yang berpendapat barangan tersebut dijangka bakal naik harga menjelang Ramadhan pada Ogos depan.
Rata-rata harga barangan keperluan harian pengguna telah menurun antara 50 sen sehingga RM5 sekilogram (Kg).
Menurut seorang peniaga di Kuala Terengganu , Mohd Robby Awang risau kerana harga barangan tersebut akan mengalami kenaikan semula menjelang Ramadhan pada Ogos depan.
Menurutnya lagi, trend kenaikan semula harga baranga tersebut adalah biasa dan mereka tidak dapat berbuat apa-apa kerana barang tersebut siperoleh daripada pembekal.
“Jika harga yang kami dapat itu tinggi maka kami juga harus jual dengan harga yang tinggi kepada pengguna justeru sebab itu pengguna perlua faham.” Katanya.
Ketika ini juga harga barang keperluan pengguna juga di beberapa buah pasar raya di Terengganu telah mengalami penurunan antara RM1 hin gga RM2 per kg meskipun sesetengah barang mengalami kenaikan. -kosmo