Wang RM350 Dijadikan Sebagai Harga Tebus Talak

Seorang wanita telah melemparkan segulung wang kertas yang berjumlah RM350 kepada seorang ahli perniagaan tekstil.

Segulung wang kertas RM50 yang kesemuanya berjumlah RM350 dijadikan sebagai harga ‘khulu’ iaitu tebus talak apabila Mahkamah Tinggi Syariah mengesahkan pasangan itu masih suami isteri.

Kelakuan Yani Yuhana Mohd Zamri, 24, itu telah menimbulkan sedikit kekecohan ketika sidang mahkamah berhenti seketika malah suaminya, Muhammad Kamran Babar Nazir Khan, 46, selaku plaintif kelihatan terpinga-pinga dengan kejadian itu.

Yani sempat berkata “Nah, ambil ni!” kepada plaintif sambil berlalu pergi dari mahkamah yang ditemani ibu bapa dan ahli keluarga. -Kosmo