Penyanyi Lady Gaga Disaman Lebih AS$4.79 Juta

Penyanyi terkenal, Lady Gaga disaman lebih AS$4.79 juta (RM14.64 juta) selepas dia dituduh telah menggelapkan dana yang diwujudkan bagi membantu mangsa-mangsa gempa bumi di Jepun, lapor sebuah akhbar semalam.

Penyanyi tersebut telah menjual gelang tangan getah yang berharga AS$4.95 (RM15.13) bagi mengutip dana untuk mangsa-mangsa tsunami di Jepun.

Dia telah didakwa telah menggelapkan wang kutipan tersebut yang disumbangkan oleh para peminatnya dengan tidak memberi semua hasil jualan kepada mangsa-mangsa bencana tsunami dan gempa bumi di Jepun.

Sebuah firma guaman di Detroit, Michigan, Amerika Syarikat (AS) telah menfailkan tuntutan ke atas penyanyi itu beberapa jam sebelum dia membuat persembahan pada hujung minggu lalu.

Alyson Oliver yang menfailkan saman tersebut di sebuah mahkamah persekutuan berkata:

“Apabila anda menggunakan kuasa selebriti dan pengaruh sebagai ahli muzik untuk mengambil wang daripadda orang ramai dengan menggunakan alas an yang salah dan ia merupakan perbuatan yang salah.” – Kosmo