Guru Ditumbuk Kerana Salah Faham

Di Pasir Mas sorang guru cedera pipi kiri selepas ditumbuk oleh seorang lelaki yang dipercayai oleh salah seorang bapa pelajar ketika baru sahaja tiba di sekolah untuk memulakan tugas dan lelaki itu menunggu guru itu dipagar sekolah pagi semalam.

Menurut mangsa Azidi Abdullah,44, mendakwa bahawa lelaki tersebut yang ditemani oleh seorang wanita dipercayai isterinya turut membawa sebilah parang yang telah dibalut dengan tuala sambil memarahinya kerana menampar pipi anak lelaki mereka yang sedang belajar ditahun ke empat rabu lalu.

Azidi juga turut mendakwa bahawa beliau telah ditumbuk sebanyak dua kali ketika kejadian itu berlaku pada jam 7.20 pagi.

“Tanpa sempat berbuat apa-apa, saya terus ditumbuk dan bila minta dia bertenang, tetapi dia tumbuk saya sekali lagi.” Ceritanya ketika ditemui bersama isterinya, Azfaneeza Adnan dirumahnya di sini.

Azidi telah membuat laporan di Balai Polis Pasir Mas pada pukul 10.15 pagi.

Guru itu mendakwa, pasangan suami isteri itu sebenarnya telah salah paham apabila menyangka dia menampar anak mereka di kelas pada rabu lalu yang telah menyebabkkan murid tersebut tercedera. -Kosmo