Berita mengejutkan semua pihak apabila mendapat berita tentang Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin yang telah menerima ugutan bunuh melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) tengah malam kelmarin yang ditujukan kepada ahli pemuda UMNO itu yang bakal menyertai perhimpunan 9 Julai ini.
SMS itu turut mengandungi kata-kata kesat yang diterima beliau pada jam 12.18 tengah malam dari nombor yang tidak dikenali.
Ketika Khairy bercakap kepada pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam bahawa laporan polis akan dibuat oleh setiausaha pergerakan itu, Datuk Megat Firdouz Megat Junid yang turut menerima SMS serupa dari nombor yang sama.
“perkara ini amat bahaya sekali, mengancam keselamatan dan seolah-olah memberi satu ancaman terhadap mana-mana ahli Pemuda UMNO yang ingin turun pada 9 Julai dan berharap polis mengambil tindakan sebab ini adalah perkata yang serius” tegasnya. -Kosmo