Seorang Warga Myanmar Mati Akibat Bergaduh

Di Kulim, Seorang rakyat Myanmar mati akibat luka parah dikepala selepas terbabit dalam pergaduhan di hadapan sebuah kedai menjual pakaian di Jalan Batu Satu, awal pagi ini.

Menurut Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Salleh, lelaki yang berusia dalam linkungan 30-an itu dihantar ke Hospital Kulim pada pukul 8 pagi dan disahkan mati pada jam 9.40 pagi.

Siasatan awal polis mendapati lelaki yang bekerja di kedai pakaian berkenaan terbabit dalam pergaduhan dengan seorang lelaki Myanmar yang juga bekerja di kedai itu.

Katanya, kedua-dua lelaki Myanmar itu pulang jam 9 malam tadi selepas makan malam dan telah minum minuman keras sebelum berlaku perselisihan faham antara mereka yang berakhir dengan pergaduhan.

Beliau juga berkata bahawa terdapat kesan tompokan darah di sekitar kedai itu dan polis telah menemui seketul batu yang berlumuran darah di hadapan kedai itu.

Polis telah menahan tiga lelaki rakyat Myanmar yang tinggal berhampiran lokasi kejadian untuk membantu siasatan dan polis juga sedang mencari seorang lagi suspek yang tinggal sebilik dengan mangsa. –Berita Harian