Seorang ibu tunggal ditemui mati di Jasin selepas melahirkan anak di dalam tandas sebuah kilang di Taman Perindustrian Merlimau, dekat sini pagi semalam.
Menurut laporan mangsa berusia 30 tahun berasal dari Kemendor, Jasin dekat sini, ditemui mati bersama-sama bayi perempuan yang baru dilahirkan oleh seorang tukang cuci ketika mahu membersihkankan tandas wanita di situ, kira-kira jam 8 pagi.
Ketika Jurucakap polis dihubungi mengesahkan laporan berhubung kejadian itu dan masih menunggu laporan bedah siasat mangsa yang akan dijalankan pagi ini di Hospital Jasin Sumber berkata, wanita terbabit dikatakan memasuki tandas berkenaan kira-kira jam 3 pagi dan dipercayai secara tiba-tiba telah melahirkan bayinya.
Menurut katanya, mangsa dipercayai mati akiibat mengalami terlalu banyak pendarahan dan mangsa dikatakan menumpang dirumah abangnya di Kampung Kilang Berapi di sini sebelum kejadian itu. – Berita Harian