Sepasang Suami Isteri Maut Ketika Pergi Menoreh

Beginilah keadaan kereta ketika kemalangan di Jempol itu

Di Jempol, Hasratnya termati apabila sepasang suami isteri maut selepas motosikal yang ditunggang dirempuh sebuah kereta di kilometer 39 Jalan Bahau-Kemayan ketika mahu pergi menoreh dekat sini semalam.

Kejadian itu berlaku pada jam 5 pagi sehingga mengakibatkan Chong Ah Kau @ Chong Hong Tai, 64, dan isterinya, Chen Nyet Thai, 59, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah dikepala dan badan.

Menurut laporan, kemalangan ngeri itu berlaku apabila sebuahkereta jenis Proton Wira yang dipandu seorang lelaki berusia 21 tahun terbabas ke laluan bertentangan lalu merempuh motosikal jenis Modenas Kriss ditunggang mangsa.

Ketika kejadian itu, pemandu kereta itu bersama seorang rakannya dalam perjalanan ke Kemayan dari Bahau. – Kosmo