Suami Enggan Menceraikan Isterinya

Pembantu kedai itu sedang keadaan kantin selepas pergelutan antara bapa dan anak

Kecoh semalam di perkarangan kantin Mahkamah Syariah Pasir Mas apabila seorang anak bergelut dengan bapanya setelah tidak berpuas hati dengan tindakan bapanya yang enggan menceraikan isterinya selepas permohonan dibuat di mahkamah tersebut.

Kejadian itu berlaku kira-kira 10.30 pagi ketika lelaki berusia sekitar 50-an itu sedang minum di kantin sebelum didatangi anak lelakinya dan berlaku pertengkaran antara mereka sehingga menyebabkan pergelutan di antara mereka berdua.

Menurut peniaga kantin itu, Fadzilah Ismail, 52, mulanya kedua-dua beranak itu sedang berbincang mengenai masalah mereka tetapi ia bertukar menjadi tegang bila lelaki yang berusia 50-an itu mempersoalkan tindakan anaknya yang kelihatan terlalu menyebelahi ibunya.

Maka bermulalah pertelingkahan antara mereka dengan si anak mengambil jag air dan menyimbah kea rah bapanya.-Kosmo