Wardina Memberi Tempoh Selama 14 Hari Kepada Semua Pengendali Blog

Wardina ketika sidang akhbar semalam

Pengacara dan pelakon popular, Wardina Safiyyah Fadlullah, 32, memberi tempoh selama 14 hari mulai semalam kepada semua pengendali blog yang telah mengaitkan dirinya dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) supaya mengeluarkan gambar dan artikel yang berkaitan dengan dirinya dalam blog itu.

Menurut pelakon dan pengacara itu, beliau tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya pengendali blog itu masih berdegil dan enggan berbuat demikian.

Menurut katanya lagi, blog tersebut telah memuat naik gambarnya semasa tidak memakai tudung yang disifatkan sebagai menghina dan memalukannya.

“Saya mempunyai anak dan suami, dengan membuka aib saya pada masa dahulu sedikit sebanyak akan memberi kesan kepada mereka.”

“Saya berharap hal ini tidak akan terjadi kepada artis-artis lain (yang kini telah memakai tudung) dan jadikanlah kisah saya ini sebagai tauladan” katanya pada siding akhbar semalam. -Kosmo