Buruh Indonesia Mati Dihimpap Runtuhan Dinding

Seorang warga Indonesia telah maut selepas dihimpap runtuhan dinding premis berkenaan kelmarin ketika sedang melakukan kerja-kerja meruntuhkan sebuah stor lama di Jalan Padang Golf di Taman Jaya Bahau.

Kejadian itu berlaku pada jam 4 petang dan Khairi Sukajat, 37, maut ditempat kejadian akibat cedera parah di kepala.

Semasa kejadian itu berlaku, mangsa pada ketika itu bersama seorang lagi pekerja sedang memecahkan dinding sebuah stor lama setinggi dua tingkat di kawasan tersebut.

Menurut Ketua Polis Daeerah, Supritenda Mohd, Sabri Muhammad, ketika kejadian mangsa sedang berdiri diatas satu pelantar kayu sambil memecahkan dinding berkenaan dan secara tiba-tiba pelantar kayu tempat mangsa berdiri patah sehingga menyebabkan lelaki itu terjatuh dari ketinggian kira-kira tiga meter itu.

“Lebih malang serpihan dinding seberat kira-kira 100 kilogram yang sedang dipecah itu telah runtuh lalu menghempap kepala mangsa.” Kata beliau ketika ditemui semalam. -Kosmo