Kereta Kalis Peluru Hadiah Buat Pippa Middleton

Pippa Middleton

Adik ipar Putera William, Pippa Middleton bakal menerima kereta kalis peluru sebagai hadiah daripada ibu bapanya.

Menurut sumber melaporkan, ibu bapa Pippa, Micheal, 61, dan Carole Middleton, 55, bimbang kerana sejak perkahwinan anak sulung mereka, Kate dengan William, Pippa telah mencuri tumpuan dunia dan mungkin akan terdedah kepada perbuatan khianat.

Walaupun tidak seperti kakaknya, Kate, 27, yang dikawal oleh polis diraja, Pippa tidak diberi kawalan keselamatan sehingga menyebabkan pasangan jutawan Micheal dan Carole telah bercadang untuk membeli kereta BMW atau Audi kalis bom bernilai £95, 000 (RM453, 959).

Kereta yang bakal dibeli oleh ibu bapa Pippa itu mempunyai tingkap kalis peluru dan masih boleh dipandu walaupun tayarnya ditembak.

Menurut pasangan Middleton itu, kemungkinan ancaman itu dengan pengawal peribadi kanan William kerana tumpuan utama dengan menghalang peminat atau pengganas yang cuba menculik Pippa dan difahamkan Pippa juga telah membawa butang panik yang terus berhubung dengan polis. –Berita Harian