Pasangan Pengantin Baru, Putera William dan Kate Middleton Bakal Melawat Kanada

Menurut sumber pengantin baru, Putera William dan isteri, Kate Middleton bakal membuat lawatan rasmi ke luar negara pertama selama sembilan hari di Kanada yang dijangka bakal meraih dengan pelbagai acara seperti persembahan tentera, kelas memasak, permainan orang Asli dan rodeo.

Ia juga telah menjadi ujian pertama kepada ahli baru dalam keluarga diraja Britain itu dengan cabaran permulaan kepada Duchess of Cambridge serta latihan kepada bakal raja dan ratu England itu.

Dijangka beribu-ribu jurukamera bakal mengikuti lawatan Sembilan hari itu di seluruh negara berkenaan bermula 30 Jun hingga 7 Julai ini. –Berita Harian