Empat Orang Penjenayah Yang Berjaya Diberkas

Empat Orang Penjenayah Yang Berjaya Diberkas

Empat orang perompak yang berjaya ditahan sedang dikawal oleh polis

Empat perompak yang telah memecah masuk sebuah rumah semasa ketiadaan penghuninya telah menerima padah apabila ditahan di Jalan Penghulu Abas, Bukit Baru semalam.

Suspek-suspek yang berusia lingkungan 30-an itu telah diberkas tidak sampai satu jam selepas melakukan jenayah itu.

Menurut ketua polis Melaka, Datuk Chuah Ghee Lye, siasatan mendapati suspek memecah masuk rumah berkenaan pada jam 10 pagi dan jiran mangsa yang telah menyedari tentang kejadian itu telah mencatatkan nombor pendaftaran kereta yang dinaiki suspek, pemilik rumah itu bergegas pulas selepasdimaklumkan oleh jirannya itu.

“Mangsa kemudian menghubungi polis dan berdasarkan nombor pendaftaran yang diberikan, polis berjaya mengesan suspek di kawasan berdekatan pada pukul 11 pagi lalu menahan mereka.” Katanya ketika dihubungi semalam. -Kosmo