Michelle Yeoh Telah Diusir

Datuk Michelle Yeoh, bekas pemenang watak gadis Bond yang kini telah memegang peranan sebagai pemimpin pro-demokrasi Myanmar, Aung San Suu Kyi untuk sebuah filem bioepik menyatakan kesedihannya kerana diusir dari Myanmar baru-baru ini.

Pelakon berusia 48 tahun itu dikatakan telah tiba di Yangon pada 22 Jun lalu tetapi telah diusir pada hari yang sama atas alasan Yeoh berada dalam senarai hitam yang seperti dikatakan oleh pegawai di sana.
Watak ikon demokrasi yang dimainkan oleh Yeoh hasil arahan pengarah Luc Beson yang bertajuk The Lady itu dijangka bakal ditayangkan pada hujung tahun ini.
Menyebut mengenai pengusirannya, Yeoh menyatakan beliau terkejut dan berasa sangat sedih atas tindakan tersebut.

Yeoh mengakui walaupun kejadian ini terjadi terhadapnya dia tetap tidak berkecil hati dan tetap sukakan Myanmar serta rakyatnya dan beliau memberitahu dilayan dengan sewajarnya oleh pegawai imigresen Myanmar di Yangon walaupun tidak diberi sebab atas pengusirannya.

Menurut kata Yeoh, dia sentiasa berharap untuk melihat negara ini meneruskan usahanya kea rah keamanan, demokrasi dan boleh kembali ke sini tidak lama lagi. – Kosmo