Cerita mengenai artis Malaysia, tiba-tiba teringat la pula pada seorang penyanyi ni yang telah kehilangan bekas suaminya pada 1 Januari 2011, Faizal Yusof.
Siapa lagi kalau bukan Siti Nordiana atau lebih mesra dipanggil Nana.
Dengar kata selepas tiga bulan albumnya Semakin Jelas berada dipasaran peminatnya sukar untuk mendengar lagu-lagu dari album tersebut di radio kerana lagu-lagunya jarang diputarkan.
Kenapa ek?
Haaaaaa….ni nak cerita nie…hehehe
Sebenarnya Nana juga mengaku keadaan itu sangat mengecewakannya ye r orang da penat-penat buat album tapi orang tidak mahu mainkan lagu diradio pula..
Menurut kata Nana album terbarunya itu adalah kesinambungan baginya untuk mencari rezeki bagi meneruskan kehidupan bersama anak tunggalnya, Muhammad Rayyan Nakhaie, 3 tahun.
Bagi Nana juga, Rayyan adalah permata hatinya dan apa yang dilakukan itu semuanya untuk kebahagian anaknya.
Beruntung Rayyan ye!
Apabila albumnya dihantar ke stesen radio terutamanya stesen swasta, pelbagai alasan diberikan untuk tidak memutarkan lagu-lagunya.
Stesen radio mana la agak-agaknya nyer? hurmmmmm
Menurut kata Nana lagi dia sendiri tidak tahu dimanakah silapnya, sama ada atas namanya ataupun lagunya itu kerana bagi Nana rentak lagu Tak Tahan misalnya yang terdapat dalam album baru itu agak catchy dan merupakan trend terkini.
Kata Nana lagi, bagi Nana tidak salah jika lagu itu dimainkan do corong radio kerana ini dapat juga membantu dan bagi sokongan kepada artis-artis tanah air sendiri.
Nana tetap pasrah untuk meneruskan langkahnya dalam bidang nyanyian demi anaknya walaupun lagunya kurang ke udara.
Beralih kepada soalan imej barunya yang dikatakan lebih segar, lebih muda dan seksi, Nana mengakui selesa dengan transformasi yang dilakukannya itu.
“Imej baru yang saya bawa ini adalah untuk kelihatan lebih segar dan saya harap peminat akan menerima perubahan baru ini” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran album MTV karaoke yang diadakan di Redbox, The Garden, baru-baru ini.
Nana menafikan sudah mencari penganti hidupnya, kerana Nana lebih selesa bersendirian dan belum bersedia menerima kehadiran orang baru dalam hidupnya.
“Buat masa ini, saya ingin member sepenuh tumpuan kepada kerjaya seni dan anaknya” katanya. – Utusan Malaysia