Rokok Dan Minuman Keras Bernilai RM1 Juta Berjaya Dirampas

Satu sendiket penyeludupan rokok dan minuman keras bernilai hampir RM1 juta serta menahan dua lelaki oleh Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) Bukit Kayu Hitam dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Tok Kasim.

Menurut kata Komander UPP Bukit Kayu Hitam, Muhammad Zunaidi Abdullah, rokok dan minuman keras itu dipercayai telah diseludup dari pulau bebas cukai, Langkawi untuk diedarkan kepada pelanggan mereka di sekitar Kedah dan Pulau Pinang.

Hasil maklumat orang ramai, sepasukan anggota UPP telah menyerbu rumah yang dijadikan stor penyimpanan barang-barang tersebut di Kilometer 24 Jalan Sintok kira-kira jam 1 tengah hari semalam.

Dua orang lelaki, seorang warga tempatan dan seorang lagi warga Myanmar berusia lingkungan 20-an yang berada dalam rumah itu berjaya diberkas. -Kosmo