10 Buah Kenderaan Curi Berjaya Dirampas

10 Buah Kenderaan Curi Berjaya Dirampas

Kenderaan yang berjaya dirampas oleh polis

Ekoran daripada penahanan lima lelaki anggota sindiket curi kenderaan yang bergelar Geng Yusuff Kerinting polis telah berjaya merampas 10 buah kenderaan curi yang bernilai RM800, 000 dalam Ops Lejang Mewah di beberapa lokasi di negeri ini.

Yusuff Kerinting dari Kota Bharu, Kelantan itu dipercayai pengasas kepada kumpulan curi kenderaan itu tetapi lelaki itu telah meninggal dunia pada Disember lalu.

Biarpun Yusuff telah tiada namun kegiatan mencuri kenderaan oleh kumpulan itu masih berterusan.

Antara jenis kenderaan yang berjaya dirampas daripada lima anggota Yusuff Kerinting adalah Toyota Camry, Toyota Caldina, Toyota Harrier dan Toyota Wish.

Selain itu turut dirampas ialah Mitsubishi Storm, Mitsubishi Triton, Perodua Viva dan dua buah Perodua Myvi. – Kosmo