5 Pengurus Kelab Malam Berjaya Ditahan

5 Pengurus Kelab Malam Berjaya Ditahan

Di Manila, lima warga asing telah ditahan kerana mengendalikan kelab malam di bekas Pangkalan Tentera Udara Amerika Syarikat di sini membabitkan berates-ratus pekerja seks bawah umur yang diperdagangkan secara haram di selatan negara itu.

Tiga warga Amerika Syarikat, seorang warga Jepun dan Australia ditahan selepas Kumpulan Pengesan dan Siasatan Jenayah Polis Nasional Filipina (CIDG) menyerbu kelab malam Sunshine Bar, Blue Nile dan Golden Nile selasa lalu, kata pengarah CIDG, Ketua Superintendan Samuel Pagdilao Jr kelmarin .

Seorang daripada tahanan dikenali sebagai Terrence James Smith dari Australia, pengurus Sunshine Bar dan tiga daripada empat orang masih ditahan semen tara seorang rakyat Amerika dibebaskan, kata sumber.

Jika disabitkan kesalahan, mereka akan didakwa atas tuduhan pemerdagangan manusia yang membawa hukuman penjara seumur hidup.

Hampir 17 wanita berjaya diselamatkan dari Sunshine Bar dan bakinya adalah dari bar lain. –Berita Harian