Rihanna Terjatuh Ketika Membuat Persembahan Di Kanada

Keadaan memalukan dan mengejutkan apabila seorang penyanyi, Rihanna yang dahulunya pernah digembar gemburkan dengan kontroversi sewaktu beliau dipukul oleh bekas teman lelakinya, Chris Brown telah terjatuh ketika dia membuat persembahan di Edmonton, Kanada pada minggu lalu.

Ketika itu Rihanna dikatakan sedang menyanyikan lagu Love The Way You Lie semasa dia terjatuh kerana memakai kasut tinggi dihadapan lebih 16, 000 peminatnya.

Gadis yang berusia 23 tahun itu kembali bangun untuk menhiburkan peminatnya seperti tiada apa-apa yang terjadi. -Kosmo