Hanya kerana terlupa buat bayaran di kaunter seorang nenek telah dihukum penjara selama empat hari dan denda sebanyak RM800 oleh Mahkamah Majistret semalam selepas mengaku bersalah mencuri beg tangan berjenama dan cermin mata hitam milik pasaraya Jaya Jusco, Taman Maluri minggu lalu.
Majistret Abdullah Siddiq Mohd Nasir telah menjatuhkan hukuman itu terhadap Pat Har Noi, 63, berkuat kuasa dari tarikh dia ditangkap pada 23 Jun lalu.
Har Noi telah didakwa kerana mencuri sebuah beg tangan berjenama Sembonia dan cermin mata hitam bernilai RM348.90 di pasar raya itu pada jam 3.00 petang, 23 Jun lalu.
Atas kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun aatau denda jika disabit kesalahan.
Ketika rayuannya untuk mengurangkan hukuman nya itu Har Noi mengaku dia terlupa untuk membayar harga barangan itu dikaunter pembayaran dam mendakwa bahawa dia sering terlupa.
Tertuduh didakwa berada dalam keadaan mencurigakan sebelum diekori pengawal keselamatan yang melihatnya memasukkan beg tangan dan cermin mata hitam ke dalam begnya dan gagal menunjukkan resit pembelian sewaktu ditahan, selain itu juga telah mengaku mengambil barangan tanpa membayar di kaunter sebelum dibawa ke Balai Polis Cheras. –Berita Harian