Seorang Wanita Tertua Didunia Telah Meninggal Dunia

Maria Gomes Valentim

Di Sao Paulo, seorang wanita Brazil telah disenaraikan dalam Guinness World Records sebagai orang paling tua di dunia, dilaporkan meninggal dunia semalam beberapa minggu sebelum sambtan ulang tahun hari jadi beliau ke- 115.

Selepas kematian beliau kini gelaran itu telah beralih kepada seorang wanita di Amerika Syarikat.

Menurut kata seorang jurucakap rumah penjagaan dimana beliau tinggal, Helerson Lima, bahawa Maria Gomes Valentim mati berikutan masalah beberapa kegagalan organ dan Valentim akan berusia 115 pada 9 Julai.

Guinness telah berkata melalui lama webnya Valentim wanita pertama Brazil memegang tahta itu meninggal dunia ketika berusia 114 tahun, 347 hari.

Pada 18 Mei, Guinness telah mendapati bahawa Valentim adalah 48 hari lebih tua daripada orang yang sebelum ini dinobatkan sebagai orang paling tua di dunia, Besse Cooper dari Monre, Georgia.

“Dengan kematian Maria, takhta orang hidup paling tua diserahkan kepada Besse Cooper, berusia 114 tahun 299 hari,” kata Guinness.

Menurut anak lelaki wanita Georgia itu, Sid Cooper berkata ibunya itu dalam keadaan baik di Monroe.

Kata Sid Cooper lagi, beliau mengalami kenaikan berat badan dan berselera makan, selain itu juga ingatan beliau masih baik kerana beliau masih mengingati perkara dari masa lalu dan mengenali orang.

Guinness mengesahkan Valentim telah dilahirkan pada 9 Julai 1896 di Carangola, negeri timur laut Minas Gerais dan beliau tinggal disana hampir seluruh hidupnya.

Bulan lalu, Guinness melalui laman webnya berkata bahawa Valentim atau Grandma Quita mengamalkan diet sihat dengan memakan sebuku roti setiap pagi bersama kopi serta buah-buahan dan susu. – Berita Harian