Kangana Dikatakan Terlalu Serius Dalam Lakonan

Kangana Ranaut dikatakan terlalu serius dalam lakonannya ketika pertama kali menceburi industry perfileman, namun actress itu kini mula menjinak-jinakkan diri dalam genre komedi pula.

Menurut kata Kangana, dia lebih menyukai komedi berbanding watak serius dan genre ini amat digemari penonton di India.

“Saya suka ketawa walaupun saya mengalami hari-hari yang menyedihkan dan saya akan keluar bersama teman-taman yang boleh buat saya tertawa.” Katanya.

Katanya lagi, melalui komedi pelakon dapat mengenali potensi diri sebenar selain dapat melakonkan pelbagai watak dan seterusnya dapat memberikan kelain dalam lakonan.

“Saya tidak tahu betapa kelakarnya saya kerana kawan-kawan saya lebih bijak menilai tetapi yang pasti saya boleh ketawa pada perkara kecil dan amat berharap supaya saya dapat mencungkil potensi sebenar diri saya dalam genre ini.” – Kosmo