Siswazah Bakal Dikenakan Tindakan Jika Terlibat Dalam Demonstrasi

Di Slim River, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khalid Nordin telah berkata bahawa tindakan bakal diambil terhadap mahasiswa yang menyertai perhimpunan haram yang dijadualkan bakal berlangsung pada 9 Julai ini.

Menurut beliau dengan penyertai perhimpunan haram ini adalah kesalahan mengikut Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 dan boleh dikenakan tindakan digantung pengajian atau dibuang.

“Perhimpunan itu tidak mendapat permit daripada pihak berkuasa, jelas ia perhimpunan haram dan menyalahi undang-undang.” Katanya ketika ditanya tindakan yang boleh diambil terhadap mahasiswa yang menyertai perhimpuanan haram itu nanti.

Suatu masa dahulu ketika merasmikan program Citra Siswa Rakyat (CSR) KPT: Khidmat Komuniti Orang Asli di Sekolah Kebangsaan Pos Bersih di Ulu Slim semalam, beliau berkata aspek memajukan masyarakat adalah aspek ditekankan dalam program CSR.

Menurut katanya lagi, program CSR adalah anjakan daripada program Baktisiswa dan khidmat masyarakat anjuran Kementerian Pengajian Tinggi sebelum ini.

Lima universitit yang terlibat iaitu Universiti Pendidikan Sultan Idris, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Teknologi Malaysia dan Universiti Malaya bekerjasama dengan pelbagai agensi seperti Jabatan Kemajuan Orang Asli, Pejabat Daerah, KEMAS, RISDA dan Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi menjayakan CSR di negeri itu. – Berita Harian