Seorang Guru Nyaris Maut Ditetak

Seorang guru wanita nyaris maut ditetak dengan sebilah parang oleh sekumpulan perompak dalam kejadian di Jalan Amzil, Taman Melewar tengah hari semalam yang menyebabkan mangsa kerugian sebanyak RM8, 800 itu. Kejadian itu telah dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV) milik jirannya yang telah dilakukan oleh empat orang penjahat lelaki menaiki dua buah motosikal berwarna hitam. … Read more

Bayi Lelaki Ditemui Di Celah Semak

Dalam kejadian di Kampung Pertama Machang semalam seorang lelaki terkejut apabila menemui bayi yang masih bertali pusat dibuang di dalam semak. Mohd Satar Mohd Ali, 49, ketika itu dalam perjalanan pulang ke rumah selepas membaiki motosikal di pekan kira-kira jam 11.30 pagi. “saya berasa pelik apabila terdengar bunyi tangisan bayi ketika melalui kawasan semak tersebut … Read more

Harga Barang Bakal Naik Menjelang Ramadhan

Sudah menjadi trend penurunan harga barang kering, sayur-sayuran, hasil laut dan hasil penternakan yang sangat ketara dipasaran ketika ini mungkin tidak akan berpanjangan. Menurut laporan akhbar Kosmo yang telah meninjau dibeberapa negeri mendapati kalangan peniaga yang berpendapat barangan tersebut dijangka bakal naik harga menjelang Ramadhan pada Ogos depan. Rata-rata harga barangan keperluan harian pengguna telah … Read more

Pengedar Minuman Barbican Tidak Akan Menarik Balik Jualan Dipasaran

Walaupun status minuman itu haram diminum umat Islam buat masa ini tetapi pengedar minuman malta berperisa buah-buahan jenama Barbican, Suria Wholesaler Sdn. Bhd, tidak akan menarik balik jualan minuman tersebut dipasaran. Menurut pengarah urusannya, Ahmad Alyateem, tindakan menjual minuman itu diteruskan adalah wajar memandangkan Barbican bukannya minuman mengandungi unsur alcohol atau bir seperti yang digembar … Read more

Pengurusan Stress Harus Diberi Penekanan

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mahu aspek pengurusan stress dan konflik diberi penekanan yang serius di dalam kursus pra-perkahwinan bagi mengatasi masalah rumah tangga yang dilihat serius di negara ini. Menurut beliau, masalah rumah tangga ini boleh menganggu kesejahteraan masyarakat dan negara sekali gus membantut usaha kerajaan bagi melahirkan belia yang boleh menjadi … Read more

Media Massa Bakal Dipantau Oleh KDN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah digesa memantau media massa, dan ini termasuk media cetak dan media baru untuk memastikan mereka tidak melaporkan berita berunsur hasutan atau galakan supaya orang ramai menyertai perhimpunan haram pada 9 julai ini. Menurut Biro Penerangan Media Kebangsaan dan penulisan Melayu, Muhammed Ibrahim, perhimpunan itu tidak sepatutnya diadakan kerana masih banyak … Read more

Buruh Indonesia Mati Dihimpap Runtuhan Dinding

Seorang warga Indonesia telah maut selepas dihimpap runtuhan dinding premis berkenaan kelmarin ketika sedang melakukan kerja-kerja meruntuhkan sebuah stor lama di Jalan Padang Golf di Taman Jaya Bahau. Kejadian itu berlaku pada jam 4 petang dan Khairi Sukajat, 37, maut ditempat kejadian akibat cedera parah di kepala. Semasa kejadian itu berlaku, mangsa pada ketika itu … Read more

Kereta Kalis Peluru Hadiah Buat Pippa Middleton

Adik ipar Putera William, Pippa Middleton bakal menerima kereta kalis peluru sebagai hadiah daripada ibu bapanya. Menurut sumber melaporkan, ibu bapa Pippa, Micheal, 61, dan Carole Middleton, 55, bimbang kerana sejak perkahwinan anak sulung mereka, Kate dengan William, Pippa telah mencuri tumpuan dunia dan mungkin akan terdedah kepada perbuatan khianat. Walaupun tidak seperti kakaknya, Kate, … Read more

Guru Ditumbuk Kerana Salah Faham

Di Pasir Mas sorang guru cedera pipi kiri selepas ditumbuk oleh seorang lelaki yang dipercayai oleh salah seorang bapa pelajar ketika baru sahaja tiba di sekolah untuk memulakan tugas dan lelaki itu menunggu guru itu dipagar sekolah pagi semalam. Menurut mangsa Azidi Abdullah,44, mendakwa bahawa lelaki tersebut yang ditemani oleh seorang wanita dipercayai isterinya turut … Read more

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Diugut Bunuh

Berita mengejutkan semua pihak apabila mendapat berita tentang Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin yang telah menerima ugutan bunuh melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) tengah malam kelmarin yang ditujukan kepada ahli pemuda UMNO itu yang bakal menyertai perhimpunan 9 Julai ini. SMS itu turut mengandungi kata-kata kesat yang diterima beliau pada jam 12.18 tengah … Read more