Dua Penyeludup Diesel Nekad Terjun Bot

Di Kangar, dua penyeludupan diesel nekad terjun dari sebuah bot ketika mereka dihampiri bot ronda Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) di perairan Kuala Perlis awal hari ini.

Menurutnya, APMM Daerah Maritim 1 (satu) Langkawi, Kapten Abdul Rahim Abdullah berkata kedua-dua lelaki itu kemudiannya mengharungi lumpur ke pinggir pantai dan menghilangkan diri dalam hutan bakau berhampiran kejadian pukul 5.30 pagi itu.

APMM yang melakukan pemeriksaan ke atas bot tanpa nombor itu telah menemui 54 buah tong pelbagai warna yang dipercayai mengandungi 1,620 liter diesel bersubsidi di dalamnya.

Katanya, sebelum itu bot ronda APMM yang melakukan rondaan di perairan Kuala Perlis mengesan pergerakan bot itu menuju perairan Thailand kira-kira 0.2 batu nautika dari pantai Kuala Perlis.

Sejak Januari lalu, APMM telah merekodkan 21 kes rampasan minyak yang cuba diseludup ke negara jiran termasuk Sembilan kes yang telah ditumpaskan sejak awal bulan ini- Kosmo