Maut Ketika Memetik Buah Manggis

Sungguh menyedihkan buat keluarga mangsa apabila seorang petani, Khalid Shaari, 58 maut selepas terjatuh dari pokok manggis berdekatan rumahnya di Kampung Bujang, Merbok semalam.

Menurut kata isteri mangsa sebelum keluar rumah beliau ada berkata “Sudah hendak pergi” dan itu merupakan kata-kata terakhir arwah sebelum arwah menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, mangsa telah mengalami pendarahan dalaman yang teruk selepas terjatuh daripada ketinggian kira-kira 7.5 meter semasa memetik buah manggis.

Menurut kata anak mangsa, Nor Nadirah, 19, bapanya berkelakuan pelik sebelum arwah keluar memetik buah manggis yang terletak berdekatan rumah mereka.

“Sebelum keluar arwah ada memberitahu ibu bahawa sudah hendak pergi dan anaknya itu tidak sangka ia adalah ungkapan terakhir arwah.”

“Abah saya selama ini jarang memberitahu ke mana dia hendak pergi sekiranya keluar berdekatan rumah.”katanya.