Juruterbang Maut Ketika Pertunjukan Aerobatic

Seorang juruterbang Malaysia maut di Jakarta apabila pesawat ringan yang dipandunya dalam pertunjukan aerobatic di Minang Aerosport 2011 terhempas di tanah lapang Kompleks Perundam III Tunggul Hitam, Padang Sumatera Barat petang semalam.

Juruterbang terbabit dikenali sebagai Kolonel (B) Zakaria Salleh dari Kelab Penerangan Diraja Selangor.

Menurut Kedutaan Besar Malaysia mengesahkan bahawa laporan dan usaha itu sedang dilakukan untuk menguruskan penghantaran pulang jenazahnya ke Malaysia.

Menurut kata Konsul General Malaysia di Medan, Norlin Othman, pesawat yang dipandu Zakaria ialah dari jenis Christian Eagle dengan nombor pendaftaran N21H dan kejadian berlaku pada jam 5.24 petang waktu tempatan.-Kosmo