Seorang kanak-kanak mati apabila kanak-kanak lelaki berusia lima tahun itu sedang bermain basikal kira-kira 10 meter dari rumahnya di Kampung Parit Buaya, Alor Janggus itu terjatuh ke dalam tali air kelmarin.
Mayat Mohammad Fahmi Kamaruddin, 5, telah ditemui bapanya, Kamaruddin, 44, didasar tali air kira-kira 10 minit selepas kanak-kanak itu disedari hilang pada pukul 7 petang.
Menurut ibu mangsa, Nor Azalina Ahmad, 39, dia tidak menyangka anak bongsunya itu mengayuh basikal ke kawasan tali air itu kerana biasanya dia hanya akan ke rumah neneknya yang terletak bersebelahan rumah mereka.
Menurut ibunya lagi, Fahmi itu baru pandai mengayuh basikal dan mungkin dia kayuh sampai ke sana (sungai) kerana terlalu seronok bermain bersama abangnya yang sebelum kejadian ibunya itu berada di luar rumah namun masuk semula ke dalam rumah selepas itu.