Bayi Lelaki Ditemui Di Celah Semak

Mohd Satar menunjukkan lokasi ketika dia menemui bayi itu

Dalam kejadian di Kampung Pertama Machang semalam seorang lelaki terkejut apabila menemui bayi yang masih bertali pusat dibuang di dalam semak.

Mohd Satar Mohd Ali, 49, ketika itu dalam perjalanan pulang ke rumah selepas membaiki motosikal di pekan kira-kira jam 11.30 pagi.

“saya berasa pelik apabila terdengar bunyi tangisan bayi ketika melalui kawasan semak tersebut dan apabila ditinjau, saya terkejut melihat seorang bayi lelaki berada didalam sebuah beg kertas disemak berkenaan”katanya.

Menurutnya lagi, sebaik membuka beg itu dia Nampak seorang bayi lelaki yang masih bertali pusat didalamnya dan dia terus lari untuk memberitahu penduduk kampung sebelum bayi malang itu dipindahkan ke tempat redup.

Ketika ditemui bayi yang cukup sifat dan sihat itu tidak megalami sebarang kecederaan. -Kosmo