Bergotong-royong Sambil Beramah Mesra Bersama Artis Di Fiesta Bera

Penduduk Bera dan masyarakat sekitarnya bukan sahaja berpeluang berjumpa dan beramah mesra dengan artis-artis terkenal tanah air malah dapat bergotong-royong bersama-sama membersihkan kawasan sekitar Bandar Triang di Bera pada 10 Julai depan sempena Fiesta Bera 2011.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Fiesta Bera 2011, Tahzir Husain, penganjur membawa artis-artis terkenal ke Bera bagi memeriahkan lagi fiesta itu selain memberi peluang kepada mereka yang terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan.

“Aktivi berkenaan bakal bermula jam 8 pagi dan para artis akan turut bersama rakyat membersihkan kawasan Bandar Triang” katanya semalam.

Tahzir juga berkata antara artis yang terlibat ialah Jeffrydin, Fazli Zainal, Rozita Che Wan, Neolafa dan ramai lagi.
Artis-artis itu akan menyertai orang ramai sehingga program itu selesai sebelum sesi ramah mesra.

Fiesta itu dijadualkan bakal berlangsung pada 8 hingga 10 Julai di tapak ekspo Majlis Daeerah Bera dan akan dirasmikan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob merangkap Ahli Parlimen Bera. -Kosmo