Menurut kata ahli astronomi terkenal Emiriah Arab Bersatu (UAE) di Dubai bahawa semua umat islam akan mula berpuasa Ramadhan pada 1 Ogos depan.
“’Hilal’ (anak bulan) Ramadhan dijangka akan terbit pada 30 Julai ini dan berakhir pada 31 Julai” kata Ebrahim Al Jarwan, pakar astronomi Sharjah.
Menurut katanya lagi bahawa ia akan terbentuk kira-kira 21 jam dan 23 minit selepas itu, sukar untuk melihat anak bulan dari UAE tetapi Ramadhan akan bermula pada 1 Ogos.
Ramadhan pada tahun ini akan disambut umat Islam genap 30 hari.
“Ini juga bermakna Aidil Fitri bakal disambut pada 31 Ogos” katanya.
Sepanjang bulan Ramadhan biasanya semua restoran di UAE dan negara Teluk lain akan ditutup waktu siang dan semua penduduk tanpa mengira agama dilarang makan atau minum di khalayak umum.
Purata suhu maksimum sepanjang bulan Ramadhan di negara itu dijangka di antara 38 hingga 42 darjah Celsius. –Berita Harian