Konsert Ditunda Gara-gara Demonstrasi


Gara-gara demonstrasi haram gabunga Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) pada 9 Julai ini konsert dua kumpulan rock lagenda tempatan iaitu Swweet Charity dan Blues Gang di Stadium Merdeka telah ditunda ke tarikh 1 Oktober.

Menurut Pengurus Eksekutif Netzah Production Sdn. Bhd, Shirazdeen Karim, penangguhan konsert berkenaan adalah bagi tujuan keselamatan dan hasil rundingan pihaknya bersama pihak berkuasa yang mahu penganjur menagguhkan sementara konsert terseebut.

“Bimbangkan keselamatan penonton yang kemungkinan akan datang bersama keluarga ke konseert itu dan bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku” katanya semalam.