Media Massa Bakal Dipantau Oleh KDN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah digesa memantau media massa, dan ini termasuk media cetak dan media baru untuk memastikan mereka tidak melaporkan berita berunsur hasutan atau galakan supaya orang ramai menyertai perhimpunan haram pada 9 julai ini.

Menurut Biro Penerangan Media Kebangsaan dan penulisan Melayu, Muhammed Ibrahim, perhimpunan itu tidak sepatutnya diadakan kerana masih banyak saluran boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah.

Beliau juga meminta supaya pihak berkuasa supaya mengambil tindakan segera bagi memastikan keamanan tidak diganggu pihak membela nasib parti tertentu.

“termasuklah dengan media, mereka sepatutnya memainkan peranan bagi mendidik rakyat supaya lebih berhemah dan soal perhimpunan ini kita tidak boleh main-main kerana ia boleh mengundang ancaman keselamatan.”

Muhammed juga berkata, KDN perlu mengambil tindakan tegas terhadap media yang menggugat keselamatan dan memberi gambaran buruk terhadap kerajaan. –Berita Harian