Pengurusan Stress Harus Diberi Penekanan

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mahu aspek pengurusan stress dan konflik diberi penekanan yang serius di dalam kursus pra-perkahwinan bagi mengatasi masalah rumah tangga yang dilihat serius di negara ini.

Menurut beliau, masalah rumah tangga ini boleh menganggu kesejahteraan masyarakat dan negara sekali gus membantut usaha kerajaan bagi melahirkan belia yang boleh menjadi pemimpin yang mantap daripada segi akhlak dan akidah.

Menurut katanya lagi, apabila berkahwin dan duduk dibawah satu bumbung akan rasa perbezaan dalam perbagai perkara diantara pasangan yang penting ialah kita harus bijak menguruskan tekanan dan konflik bagi mengelakkan berlakunya penceraian.

Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan berkata, elemen-elemen baharu dalam kursus perkahwinan yang membuktikan bahawa kerajaan amat serius dalam memelihara kerukunan rumah tangga terutama pasangan muda.

Selain itu juga, kerajaan merencanakan pelbagai program untuk belia pada masa ini memandangkan golongan itu adalah pelaburan untuk masa depan negara juga.- Kosmo