Pengedar Minuman Barbican Tidak Akan Menarik Balik Jualan Dipasaran

Walaupun status minuman itu haram diminum umat Islam buat masa ini tetapi pengedar minuman malta berperisa buah-buahan jenama Barbican, Suria Wholesaler Sdn. Bhd, tidak akan menarik balik jualan minuman tersebut dipasaran.

Menurut pengarah urusannya, Ahmad Alyateem, tindakan menjual minuman itu diteruskan adalah wajar memandangkan Barbican bukannya minuman mengandungi unsur alcohol atau bir seperti yang digembar gemburkan.

Menurut akhbar Kosmo, Ahmad Alyateem juga telah menghantar minuman itu ke makmal bagi melakukan ujian terhadap sampel minuman Barbican dan hasilnya ia bebas alcohol.

Syarikatnya juga telah menghantar sampel minuman itu untuk diuji di beberapa makmal termasuk di Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Putra Malaysia.

Surat akhbar Kosmo juga telah melaporkan semalam bahawa isu minuman ‘bir halal’ atau Barbican hanya boleh diputuskan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dan sehinggalah sebarang fatwa rasmi dikeluarkan.

Ekoran itu juga, Ketua Penolong Pengarah Bhagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Mat Ali Sarbini memberitahu, minuman tersebut haram diminum oleh umat Islam buat masa ini. -Kosmo