Mahkamah Mengarahkan Lisdawati Supaya Menarik Balik Saman Fitnah

Mahkamah Seksyen semalam telah mengarahkan pelakon Lisdawati supaya menarik balik saman fitnah terhadap actress Nadia Mustafar kerana tuntutan itu di dapati melebihi bidang kuasa mahkamah.

Keputusan itu telah dibuat oleh Yong Sazali ketika pengurusan kes saman itu dengan kehadiran peguam plaintif, Lisdawati daripada firma guaman Tetuan Karpal Singh & Co. dan peguam Siti Noor Julaini Mohd Shahar bagi pihak Nadia yang dinamakan sebagai defendan.

Dalam saman yang difailkan pada 21 April tahun lalu, Lisdawati atau nama sebenarnya Nisdawati Nazaruddin, 33, menamakan Siti Naziyah Sheikh Mustafar, 35, atau dikenali sebagai Nadia Mustapha sebagai defendan.

Plaintif telah mendakwa pada sekitar Januari 2005, defendan dengan niat jahat memberi wawancara yang didakwa memfitnah dirinya kepada wartawan sebuah majalah hiburan.

Wawancara itu telah disiarkan dalam majalah Media Hiburan bertarikh 8 hingga 14 Januari 2005. -Kosmo