Seorang Pemuda 27 Tahun Telah Mencatat Nama Dalam Malaysia Book of Records

Shahril Akhzan Ahmad Berjaya mencatat nama dalam Malaysia Book of Records sebagai pengukir buah-buahan setelah membuat 102 ukiran pada pelbagai jenis buah-buahan dalam masa hanya 24 jam tanpa henti malam tadi.

Seorang pemuda yang berusia 27 tahun itu mempamerkan kepakarannya membyat ukiran itu pada Karnival Juara Rakyat anjuran bersama UMNO Bahagian Kulim Bandar Baharu dan Majlis Belia Daerah Bandar Baharu tang telah berakhir malam tadi.

Wakil Malaysia Book of Records, Myra Dzaman telah menyampaikan sijil kejayaan kepada Shahril sewaktu majlis penutup carnival itu yang disempurnakan oleh anggota Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir.

Shahril Akhzan yang berasal dari Kampung Bagan Samak yang telah menjalankan perniagaan catering merupakan kelulusan Institut Baitumal Cheras, Selangor.

Selain mahir dalam bidang kulinari, Shahril juga boleh mengukir pelbagai buah-buahan yang digunakan sebagai hiasan majlis jamuan, katanya. -Kosmo