Remaja 19 Tahun Telah Ditahan Di London

Di London, “seorang remaja baru berusia 19 tahun telah ditahan kerana disyaki terbabit dalam serangan siber terhadap Sony dan laman web Agensi Perisian Pusat Amerika Syarikat (CIA).” Kata polis Britain

Ryan Cleary telah ditahan berikutan satu operasi bersama oleh unit jenayah internet dan Biro Penyiasatan Pusat (FBI), kata Polis Metropolitan pada hari selasa dan pihak FBI enggan mengulas lebih lanjut mengenai perkara itu.

Pihak polis Britain tidak menyebut jika suspek mempunyai kaitan dengan kumpulan penggodam, Luiz Security, yang telah mendakwa bertanggungjawab terhadap serangan berprofile tinggi baru-baru ini, tetapi mengesahkan sebuah computer telah dirampas dalam operasi yang memeriksa data Sony.

Menurut kata sumber lagi bahawa kumpulan Luiz itu telah meningkatkan serangan terhadap Sony sebagai tambahan kepada serangan yang dilakukan kepada laman web CIA dan system computer senat Amerika Syarikat.

Penggodam terbabit baru-baru initelah menyifatkan ia sebagai perang terhadap kerajaan yang mengawal internet.

Luiz telah menolak penahanan itu dengan mengatakan dalam Twitter bahawa mereka menggunakan pelayan orang yang ditahan dan lelaki terseebut bukan sebahagian daripada kumpulan mereka.

menurut katanya dalam Twitter:

“Jelas sekali polis UK terlalu terdesak untuk menangkap kami sehingga mendakwa bahawa mereka telah menahan seseorang yang mempunyai kaitan dengan kami”

Menurut kata Luiz, walaupun tidak banyak diketahui mengenai Luiz, tetapi kumpulan penggodam biasanya akan melonggarkan rangkaian dengan sokongan lebih daripada satu lokasi menjadikan penangkapan tidak dapat dilakukan untuk menjatuhkan sesebuah organisasi dan juga menggalakkan penyokong untuk menjalankan secara berkumpulan.

Remaja tersebut telah ditahan di Bandar Wickford, kira-kira 55km ke timur laut London, lewat isnin kerana disyaki telah menggodam dan kerana kesalahan menipu dan dibawa ke balai polis ditengah London untuk disoal siasat.

Menurut kata polis, penahanan itu adalah hasil satu siasatan terhadap gangguan rangkaian dan serangan meluas penafian perkhidmatan terhadap sebilangan perniagaan antarabangsa dan agensi risikan oleh apa yang dipercayai dilakukan oleh kumpulan yang sama. – Berita Harian