Dua Adik Beradik Myanmar Ditangkap Kerana Menyeludup Secara Haram

Di Kangar, dua beradik Myanmar ditangkap kerana masuk ke negara ini secara haram untuk berjumpa dengan ibu mereka.

Mereka yang baru berusia empat dan enam tahun itu telah ditahan oleh Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) di Ladang Tebu Chuping dekat sini malam tadi.

Bapa mereka yang berusia 45 tahun juga ditahan dengan cuba memberitahu pihak berkuasa bahawa dia mahu membawa anak-anak lelakinya itu untuk berjumpa ibu mereka di Kuala Lumpur.

Menurut kata lelaki itu dia pernah dating ke Malaysia sebelum ini dan anak-beranak ini adalah antara 21 warga Myanmar yang telah ditahan kira-kira jam 10.45 malam tadi. – Kosmo